Tempatan

Sanusi Buat Tuntutan Saman Fitnah Terhadap Menteri Dalam Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 21 Julai 2023 – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memfailkan tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dua kes fitnah.

Tuntutan saman tersebut adalah berkaitan isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE).

BACA JUGA: Muat Naik Rakaman Dari Luar Negara, JAINJ Sukar Tangkap Pengikut Si Hulk

BACA JUGA: 9 Hilang, Kapal Kargo Terbalik

BACA JUGA: 3R: Guan Eng Telah Langgar 2 Daripada 3R-KJ

Ujar Datuk Seri Muhammad Sanusi menurut laporan sebuah portal tempatan, surat tuntutan saman fitnah tersebut telah dihantar kepada Saifuddin menerusi e-mel pada malam Khamis dan serahan tangan pada Jumaat.

“Wajib saman! Tak boleh biarkan sebab dia (Saifuddin) tuduh saya pencuri REE, dia juga tuduh saya guna peruntukan MARRIS sebanyak RM1.6 bilion yang sepatutnya duit penyelenggaraan jalan (tetapi dakwa) dibuat benda lain,” katanya ketika berucap dalam program ceramah ‘Taujihat Pimpinan: Munajat perdana mohon keamanan dan menentang kezaliman’ di Dewan Al-Hana, Sik pada malam Khamis.

Tambahnya, “Dia longgok kesalahan Menteri Besar UMNO terdahulu sebelum 2014 atas kepala saya padahal saya tak tahu apa pun, dia ingat dia seorang reti (pandai) ‘menyerang’.”

“Kalau dia tak jawab dalam tempoh yang diberikan, kita akan mulakan proses saman,” tegas Datuk Seri Muhammad Sanusi lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: