Tempatan

Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 21 Julai 2023 – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah berjaya menangkap enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perlombongan bahan mineral bauksit tanpa lesen semalam.

Dalam sebuah kenyataan, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail berkata, seramai lapan anggota Pasukan Elit UPNP yang sedang melakukan rondaan terlihat aktiviti tersebut kira-kira sekitar jam 2.15 petang.

Mereka terus melakukan intipan dan mendapati aktiviti perlombongan haram itu menggunakan dua buah jengkaut dan tiga buah lori tipper sebelum serbuan dilakukan.

BACA JUGA: 3R: Guan Eng Telah Langgar 2 Daripada 3R-KJ

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

“Pegawai Penguatkuasa UPNP kemudiannya meminta pengusaha lombong itu mengemukakan sebarang kelulusan bagi aktiviti memunggah bahan mineral tersebut, namun gagal.”

Seterusnya, “Pegawai Penguatkuasa UPNP bertindak dengan menahan enam lelaki serta menyita dua buah jengkaut dan tiga buah lori tipper di lokasi kejadian.”

Tambah Wan Rosdy, kes ini disiasat di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Pahang sentiasa melaksanakan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah haram atau apa jua aktiviti yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri juga akan mengenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi supaya aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dibanteras sehabisnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: