Antarabangsa

800 Juta Penduduk Dunia Kelaparan, Tertinggi Sejak 10 Tahun Kebelakangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 29 Mei 2023 – Seramai 828 juta penduduk dunia kini berdepan dengan masalah kelaparan di mana angka ini telah mengalami peningkatan berbanding dengan tahun lalu sebagaimana yang telah dilaporkan oleh United Nations Food and Agriculture Organization (FAO).

Jumlah penduduk dunia yang terkesan dengan masalah kelaparan ini adalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia pada masa ini.

BACA JUGA: Jam SWATCH Dirampas Bukan Sebab Warna Pelangi, Tetapi Cetakan ‘LGBTQ’

BACA JUGA: 50% Ladang Ayam Diancam Muflis

BACA JUGA: Individu Perolokkan Allah, Pendakwah Gesa PDRM Ambil Tindakan

Daripada jumlah keseluruhan mereka yang terkesan akibat masalah ini, dua per tiga daripada mereka adalah para wanita manakala 80 peratus daripada keseluruhan jumlah yang sama pula tinggal di kawasan yang terdedah dengan perubahan iklim.

Masalah berskala global ini telah mengalami peningkatan beberapa tahun kebelakangan ini, setelah sebelum ini ianya telah mengalami penurunan selama beberapa dekad.

Daripada tahun 2019 dan 2021, angka bagi individu yang mengalami masalah kekurangan zat yang diperlukan tubuh telah meningkat kepada lebih dari 150 juta. Antara faktor utama yang menyumbang kepada isu ini adalah siri konflik yang berlaku seperti perubahan iklim, kejutan ekonomi serta pandemik COVID-19.

Kos bagi bahan makanan juga telah mengalami peningkatan, di mana kos bagi gula, daging, bijirin, tenusu serta minyak sayur telah mengalami peningkatan point daripada 95.1 kepada 143.7 sebagaimana data bagi tahun di antara 2019 dan 2022 menurut indeks FAO Food Price Index (FPI).

Laporan yang dikeluarkan oleh UN State of Food Security and Nutrition in the World (SOFI) telah menyatakan bahawa populasi yang paling terkesan dengan masalah kekurangan zat makanan adalah di benua Asia, di mana sekitar 425 orang telah terkesan dengan masalah kelaparan pada 2021.

Namun secara kelaziman, masalah kelaparan adalah tertinggi di Afrika, di mana sekitar 278 orang telah terkesan pada tahun yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: