Antarabangsa

‘Selamat Tinggal Bulan’, Berjaya Melintas Kapal Angkasa Orion NASA Kini Menuju Ke Bumi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 07 Disember 2022 – Selepas berjaya melintasi Bulan pada Isnin lalu, kapal angkasa Orion Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) kini berada di landasan untuk kembali ke Bumi dan dijangka tiba 11 Disember ini.

“Orion hendak pulang!” demikian perkongsian Administrator Bill Nelson menerusi satu kenyataan dan menyatakan bahawa pasukan itu mencapai satu lagi pencapaian penting apabila berjaya menerbangkan Orion hanya 80 batu dari permukaan Bulan.

Tambah beliau, lintasan bulan tersebut membolehkan kapal angkasa memanfaatkan graviti Bulan dan melontarkannya kembali ke Bumi.

Kemudian, apabila Orion memasuki semula atmosfera Bumi dalam beberapa hari sahaja lagi, ia akan kembali lebih panas dan lebih pantas berbanding sebelum ini, “Ujian yang tepat sebelum kami menghantar angkasawan pula. Seterusnya, masuk semula!”, ujar beliau.

Orion dijangka akan memasuki atmosfera Bumi dengan kelajuan 25,000 batu sejam dan kelajuannya akan berkurangan hingga 300 mph, kemudian payung terjun akan digunakan untuk memperlahankan kapal angkasa tersebut kepada kira-kira 20 mph sebelum menghentam Lautan Pasifik di luar San Diego, California, di mana Pasukan Pendaratan dan Pemulihan telah bersedia untuk pendaratan tersebut.

Pasukan tersebut diketuai oleh Program Sistem Exploration Ground dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida yang terdiri daripada kakitangan dan aset daripada Jabatan Pertahanan A.S. termasuk pakar amfibia Tentera Laut dan pakar cuaca Tentera Udara, serta jurutera dan juruteknik dari Kennedy, Johnson Space Center di Houston dan Lockheed Martin Space Operations yang akan bertanggungjawab untuk mengamankan Orion dan cuba memulihkan peralatan yang dibuang semasa melakukan pendaratan seperti penutup teluk hadapan dan tiga payung terjun utamanya.

Kapal angkasa Orion NASA yang tidak mempunyai kru itu memulakan perjalanan ke Bulan selepas dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 16 November lalu, pada pukul 1.47 pagi (waktu tempatan). 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: