Tempatan

UEC Pecah Belah Anak Bangsa, Celaru & Negatif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Disember 2022 – Tidak dinafikan apabila menyentuh isu Unified Examination Certificate (UEC) yang sudah lama menghantui kita, bahawa sesama kita terdapat krisis kepercayaan kerana anak-anak kita sejak dibangku sekolah lagi contohnya sudah dipisahkan dengan dasar pendidikan perkauman yang diajarkan oleh UEC itu sendiri.

“Saya sendiri meneliti buku-buku teks Dong Zong yang diajarkan kepada pelajar UEC dan melihat bahawa terlalu banyak kecelaruan dan pengaruh negatif yang diajarkan oleh mereka kepada anak-anak ini dengan berkiblatkan negara China dan Taiwan.”

Jelasnya, inilah antara punca besar mengapa sehingga kini soal perpaduan sukar dicapai dan sesama bangsa di negara ini masih mempunyai keraguan dan krisis kepercayaan terhadap sesuatu bangsa.

Tambah beliau, jika hal ini berterusan sampai bila bangsa yang berbilang kaum ini dapat bersatu padu. Permusuhan sentiasa akan terbina kerana sistem pendidikan yang berlainan dari acuan pembentukan sahsiah dan moral yang sangat bertentangan.

“Bukan sahaja mengenai masalah UEC, sekolah vernakular dan juga isu penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga menjadi antara punca masalah perpaduan ini tidak bertitik noktah dan perkara itu langsung tidak diperjuangkan oleh Dong Zong,” katanya.

Jelas beliau lagi, apa yang diajarkan oleh Dong Zong di dalam pendidikan UEC ini juga amat bertentangan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu diperuntukkan sebagai bahasa pengantar rasmi.

“Tidakkah perkara ini sama sekali sudah cukup bercanggah dengan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, buku-buku teks yang diajarkan kepada pelajarnya juga memberi persepsi negatif kerana membawa fahaman luar dari negara kita dengan isi konteksnya yang bersifat mahu mempengaruhi orang-orang Cina untuk tidak cintakan negara.

Sebab itulah UEC ini tidak boleh diterima sama sekali kerana ia lebih kepada negatif berbanding positifnya kerana nilai-nilai siviknya sangat lemah yang akhirnya membentuk mentaliti pendatang asing yang terasing di dalam masyarakat umum.

Selain itu, pengiktirafan Sijil Unified Examination Certificate (UEC), jika dilakukan, dilihat sebagai tidak adil kepada bangsa Cina dan India yang mengikuti aliran kebangsaan.

Bagaimana kelak, anak cucu kita akan dapat sama-sama bergaul sebab selagi benda ini tidak diselesaikan, maka negara kita akan menghadapi masalah yang cukup besar pada masa akan datang.

Justeru, jika UEC ini diiktiraf maka semua ini tidak akan pernah berakhir, yakni anak-anak kita tidak akan dapat belajar dan berkongsi akses kepada kemudahan pendidikan yang sama, satu sekolah untuk semua seperti yang dipacu dan menjadi misi dasar Sekolah Kebangsaan.

Sepatutnya, Dong Zong sedar sistem pendidikan satu aliran yang diperjuangkan melalui dasar pendidikan kebangsaan bukan semata-mata untuk jaga orang Melayu, malah membela nasib bangsa lain selain dapat menyatupadukan semua golongan rakyat.

Kebanyakan, di kalangan bukan Melayu juga bersetuju dengan sistem pendidikan satu aliran tetapi kewujudan Dong Zong ini adalah sebagai barah kepada perpecahan yang sepatutnya sudah lama terbina selepas 65 tahun kemerdekaan kita dicapai.

“Jangan kerana orang politik, dasar pendidikan negara menjadi semakin mundur. Negara perlu mengamalkan hanya satu sistem aliran pendidikan kebangsaan saja yang diseragamkan dan disepadukan dengan baik bagi menyatukan semua kaum di dalam Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: