Antarabangsa

Denmark Dituduh Lakukan ‘Genosid’ Terhadap Wanita Pribumi Greenland

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GREENLAND, 23 Oktober 2022 – Denmark dan Greenland telah melancarkan penyiasatan ke atas kempen kawalan kelahiran Denmark terhadap Orang Asli Greenland, Inuit, antara tahun 1960-an dan 70-an, di mana peranti dalam rahim (IUD) dimasukkan ke tubuh badan gadis-gadis muda tanpa kebenaran mereka.

Menurut laporan portal antarabangsa, IUD itu dipasang ke dalam tubuh badan golongan wanita Inuit untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk.

‘Genosid’ ini dilakukan secara terbuka oleh pihak berkuasa Denmark, sewaktu negara itu menjajah Greenland.

Kontraseptif pilihan adalah versi awal IUD kerana doktor percaya bahawa wanita Inuit terlalu lemah untuk menggunakan kondom atau pil dengan berkesan.

Doktor memberitahu wartawan bahawa mereka secara rutin memasukkannya ke dalam wanita tanpa persetujuan mereka.

“Hanya segelintir wanita yang baru melahirkan anak meninggalkan hospital tanpa gelung, dan perkara yang sama berlaku untuk wanita yang melakukan pengguguran,” kata Jens Misfeldt, bekas doktor di Greenland, dalam artikel pada tahun 1977.

Satu lagi sumber menerangkan bagaimana doktor di Greenland bergurau bahawa apabila seorang wanita berkonsultasi dengan doktor untuk jari yang bengkak, dia akan meninggalkan bilik konsultasi dengan IUD.

Dedah laporan lagi, pihak berkuasa Denmark pada waktu itu percaya bahawa kaum Orang Asli Greenland perlu dikawal.

“Pertambahan penduduk yang sengit bermakna kita perlu meningkatkan usaha jika kita ingin mencapai peningkatan dalam keadaan hidup,” kata Menteri Denmark untuk Greenland kepada Parlimen pada tahun 1970.

Berikutan itu, Menteri Kesihatan Denmark, Magnus Heunicke, baru-baru ini mengumumkan bahawa siasatan selama dua tahun akan dijalankan bagi menyiasat skandal ini.

Beliau turut telah bertemu dengan beberapa wanita yang terkesan dengan ‘genosid’ ini.

“Kesakitan, secara fizikal dan emosi, yang mereka alami masih ada hari ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: