PRU-15

Pekerja Syif Perlu Diberi Cuti Bergaji Untuk Keluar Mengundi – MEF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2022 – Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, syarikat atau majikan yang melaksanakan sistem giliran atau syif, perlu memberi cuti bergaji kepada pekerja mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab itu pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Ini kerana, pelbagai kemungkinan situasi yang dijangkakan berlaku kepada pekerja sistem syif ini, antaranya pekerja yang merupakan pemilih berdaftar dan dijadualkan bekerja pada sebelah siang bagi syif 12 jam hendaklah diberi masa yang munasabah untuk mereka mengundi pada hari pengundian 19 November itu.

Selain itu, mungkin terdapat keadaan apabila pekerja yang merupakan pemilih berdaftar perlu membuang undi di pusat pengundian yang terletak di luar stesen kerja dan 19 Nov 2022 adalah hari bekerja biasa bagi pekerja tersebut walaupun tarikh PRU-15 jatuh pada hari Sabtu.

“Justeru adalah munasabah untuk syarikat menghendaki pekerja tersebut memohon cuti tahunan/cuti tanpa gaji bagi tujuan tersebut,” kata Dr Syed Hussain.

Tambah beliau, pekerja yang merupakan pengundi berdaftar dan perlu membuang undi melalui undi pos pada 15 November 2022, perlulah diberi masa yang munasabah kepada mereka yang bekerja pada hari tersebut untuk membolehkan mereka mengundi secara undian pos.

Semua langkah ini adalah sebagai satu kewajipan yang adil dan munasabah yang dikenakan ke atas majikan untuk memastikan semua pekerja yang merupakan pengundi berdaftar diberi peluang sewajarnya untuk mengundi, jelas Dr Syed Hussain.

Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 yang telah ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: