Antarabangsa

Sri Lanka Lantik Bekas Pengganas LTTE Jadi Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COLOMBO, 11 September 2022 – Presiden baharu Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, telah melantik mantan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Sivanesathurai Chandrakanthan, untuk menganggotai kabinetnya sebagai Menteri Pembangunan Jalan Luar Bandar Negeri.

Pelantikan ini merisaukan Human Rights Watch (HRW) yang menyatakan bahawa kerajaan baharu itu tidak komited untuk melindungi hak asasi manusia, atau menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sivanesathurai Chandrakanthan, lebih dikenali sebagai Pillayan, secara peribadi terlibat dalam penculikan kanak-kanak dan penderaan lain.

Selain Pillayan, Ranil turut melantik dua orang menteri yang diketahui terlibat dalam pencabulan hak yang serius iaitu Lohan Ratwatte dan Sanath Nishantha.

Lohan Ratwatte dilantik sebagai Menteri Negeri Bagi Industri Perladangan. Sebelum ini, Lohan pernah meletak jawatan sebagai Menteri Penjara pada September 2021 berikutan bantahan awam selepas mengancam banduan dengan pistol.

Manakala Sanath Nishantha yang dilantik sebagai Menteri Bekalan Air Negeri yang baharu, kini di bawah siasatan polis atas dakwaan peranannya dalam serangan ganas terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: