Antarabangsa

Rudy Giuliani Dakwa Islam Ganas, Dedah Buku Terbaharu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 11 September 2022 – Sebuah buku baharu yang ditulis oleh Geoffrey Berman mendakwa bahawa ahli politik Amerika Syarikat (AS), Rudy Giuliani telah menghina agama Islam di dalam sebuah majlis.

Buku yang berjudul ‘Holding the Line: Inside the Nation’s Preeminent US Attorney’s Office and Its Battle with the Trump Justice Department’ itu menyatakan bahawa peguam tersebut pernah berkata kepada seorang Yahudi yang disangka olehnya sebagai seorang Muslim kerana memakai yarmulke yang seakan-akan kopiah dengan kata-kata berikut,

“Saya minta maaf kerana memberitahu kamu perkara ini, tapi pengasas agama kamu adalah seorang pembunuh”.

Berman, seorang peguam negara AS di dalam bukunya juga menyatakan bahawa pandangan dan pendapat Giuliani terhadap Islam sebagai “tidak tepat, (pendekatan) alt-right terhadap sejarah kewujudan dan perkembangan Islam dan penyataan bahawa ianya adalah agama yang mewarisi keganasan dari awal kewujudannya sehingga ke hari ini.”

Pada majlis yang sama ketika Giuliani menyatakan penghinaan terhadap Islam, Giuliani juga “turut mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan kepada hadirin lain perbuatan-perbuatan ganas yang kononnya dilakukan oleh orang Islam.”

Giuliani, seorang yang mempunyai masalah ketagihan arak pernah dipertimbangkan untuk menjadi Setiausaha Negara AS oleh Donald Trump ketika mantan presiden itu berjaya menduduki White House setelah mengalahkan Hillary Clinton.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: