Tempatan

1.84 Juta Pekerja Di Malaysia Bekerja Di Bawah Kelayakan Akademik – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 November 2022 – Jutaan pekerja di Malaysia bergelut untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka, iaitu direkodkan seramai 1.84 juta pekerja di Malaysia bekerja di bawah kelayakan akademik masing-masing.

Jumlah tersebut adalah berdasarkan satu kajian yang merujuk data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia.

Selain itu, pertambahan 40,000 orang berbanding 1.79 juta yang direkodkan pada suku kedua 2022 telah meningkatkan peratusan kadar ‘underemployment‘ dari 36.7% kepada 36.8%.

Perkara ini secara tidak langsung diakui oleh orang ramai melalui perkongsian di media sosial termasuk di TikTok, di mana generasi muda hari ini terpaksa bekerja dalam bidang yang dikatakan tidak setara dengan kelayakan akademik seperti @ainxang yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia tetapi bekerja di restoran makanan segera.

Turut terkena tempias isu ini adalah seorang pengguna aplikasi tersebut yang dihina dengan dakwaan pointer rendah penyebab beliau terpaksa bekerja sebagai pemandu lori.

Menepis dakwaan tersebut, @amirul_daus98 memuat naik satu video beliau mengenakan jubah graduasi sambil memegang beberapa keping sijil anugerah dekan yang diterimanya.

Menurut perkongsian Wanita Hari Ini, Amirul Firdaus merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Persembahan Teater di Universiti Pendidikan Idris (UPSI), Perak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: