Antarabangsa

EU Terus Benar Racun Tanaman Merbahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 20 November 2023 – Racun tanaman yang kontroversi, glyphosate yang telah dikenalpasti oleh para pemerhati kesihatan sebagai bahan yang berisiko untuk mewujudkan kanser dan beberapa risiko kesihatan lain, telah diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk digunakan selama 10 tahun lalu.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Suruhanjaya Eropah (EC) pada Khamis lalu.

Negara-negara ahli blok tersebut telah gagal mencapai majoriti yang melayakkan keputusan bagi membenarkan atau menyekat penggunaan racun tersebut dan seterusnya keputusan bagi perkara tersebut terletak sepenuhnya di tangan badan eksekutif blok itu.

Ujar suruhanjaya itu menerusi sebuah kenyataan bahawa pihak mereka kini telah terikat untuk membuat keputusan sebelum 15 Disember tahun ini, apabila tempoh kebenaran masa kini tamat.

Badan tersebut telah memilih untuk melanjutkan kebenaran penggunaan racun tersebut dengan alasan bahawa keputusan itu adalah berdasarkan “penilaian keselamatan menyeluruh” yang disediakan oleh European Food Safety Authority (EFSA) serta European Chemical Agency (ECHA).

Kebenaran terbaharu bagi penggunaan glyphosate itu tertakluk kepada beberapa sekatan termasuklah “larangan bagi penggunaan pada sebelum tuaian sebagai bahan pengering” dan juga penggunaan “beberapa kaedah untuk melindungi organisme-organisme bukan sasaran”.

Sebelum ini Perancis di bawah pentadbiran Emmanuel Macron adalah negara yang sering membangkitkan isu penggunaan racun tersebut namun kali ini mereka telah bertindak berkecuali daripada undian yang bersifat bukan-penentuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: