Tempatan

Jalan Batang Kali-Genting Highland Bakal Dibuka Selewatnya Mei 2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 19 November 2023 – Jalan Batang Kali-Genting Highland dijadualkan boleh diguna selewat-lewatnya pada bulan Mei 2024.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, “Kerja-kerja pembaikan kini pada tahap 38.6 peratus yang telah dimulakan sejak 28 Mei lalu dan dijadualkan siap 29 Mac tahun depan.”

Bagaimanapun, menurutnya, jalan akan dibuka mungkin sebulan atau dua bulan selepas tarikh siap.

Jelas beliau, sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan khas bagi penyelesaian dan penstabilan cerun yang bernilai RM19 juta secara penganugerahan terus kerana projek kecemasan.

Ujarnya, kaedah teknikal yang paling sesuai digunakan adalah Terralink Wall System memandangkan lokaliti kawasan yang agak sempit.

Terdahulu, tragedi Batang Kali pada 16 Disember 2022 telah melibatkan 92 mangsa dengan 31 daripadanya terkorban dan 61 lagi terselamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: