Tempatan

Isu Gula: Peniaga Dilarang Jual Bersyarat – KPDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERUS, 05 Mei 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan peniaga agar tidak menjual gula secara bersyarat.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya mendapati ada sesetengah peniaga terutama peniaga runcit dan peniaga borong yang mengenakan syarat supaya membeli barangan lain dahulu jika ingin membeli gula.

BACA JUGA: Kenyataan Media Sokongan Terhadap TGHH Sebagai PM, Palsu – Bekas Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Fenomena Garis Badai Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Ahad Ini

BACA JUGA: AS Tamatkan Keperluan Vaksin COVID-19

Katanya, perbuatan itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, Azman turut menasihati orang awam agar tidak panik dengan masalah kekurangan gula yang dilaporkan berlaku hampir dua minggu.

“Rakyat tak perlu panik, kita dah pernah alami situasi sebegini sebelum ini. Saya rasa kita semua dah cukup matang untuk menangani masalah itu.”

Jelasnya, pasukan penguatkuasa KPDN di Kelantan dan Terengganu akan buat pemantauan secara terperinci bagi memastikan bekalan gula sampai kepada pengguna seperti dijadualkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: