Tempatan

El Nino: Bekalan Air Melaka Dijamin Cukup Hingga Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 05 Mei 2023 – Bekalan air di Melaka dijamin mencukupi sehingga Ogos 2023 jika berlakunya kemarau berterusan ekoran fenomena El Nino kuat yang dijangka terjadi Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, “Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Melaka (Berhad) telah bersedia untuk menjadualkan bekalan air dan Insya-Allah kita boleh bertahan sampai bulan Ogos jika berlaku kemarau.”

Bekalan air yang dijangkakan cukup itu akan digunakan bagi menampung keperluan hampir sejuta penduduk di negeri berkenaan, ujarnya.

BACA JUGA: Makan Kulit Babi Dengan Bismillah, Influencer Didakwa Hina Islam

BACA JUGA: Kenyataan Media Sokongan Terhadap TGHH Sebagai PM, Palsu – Bekas Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Fenomena Garis Badai Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Ahad Ini

Di samping itu, beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil langkah awal agar semua kawasan tadahan air berada pada paras maksimum.

“Semua kolam-kolam tadahan berada dalam keadaan 100 peratus bersedia walaupun El Nino dijangka melanda negeri Melaka dalam tempoh musim kemarau ini.”

Jelas Ab Rauf, setakat Selasa lalu, Empangan Jus dan Asahan masing merekodkan paras 100, manakala Empangan Durian Tunggal sebanyak 99.7%.

Pihaknya turut mengusahakan kadar penyuraian pembahagian air ke seluruh kawasan secara berjadual dan bersedia dengan perancangan yang terbaik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: