Antarabangsa

‘Hotel Judi’ Kemboja Hangus, 19 Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMBOJA, 30 Disember 2022 – Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan lebih 60 orang cedera apabila kebakaran besar tercetus di sebuah hotel dan kasino di Kemboja Rabu lalu.

Media melaporkan, Ketua Jabatan Penerangan Wilayah Banteay Meanchey, Sek Sokhom berkata, lebih kurang 400 pekerja dan pelanggan berada di kasino berkenaan ketika kebakaran berlaku dan kini seramai 30 mangsa masih belum dijumpai.

Beliau juga memberi amaran mungkin angka kematian akan meningkat kerana sesetengah mangsa masih berada di bawah serpihan atau di dalam bilik terkunci yang tidak dapat diakses oleh pasukan penyelamat dengan segera.

Kebakaran yang bermula kira-kira tengah malam Rabu di Kompleks Grand Diamond City berjaya dipadamkan pada jam 2 petang hari Khamis.

Kebanyakan mangsa kebakaran yang maut dan cedera terdiri daripada beberapa warganegara termasuk Malaysia, Thailand, China, Vietnam, dan Kemboja. Mangsa cedera dibawa ke hospital di wilayah Sa Kaeo manakala sebuah kuil Buddha tempatan sedang disediakan untuk menerima mayat mangsa terkorban.

Dalam pada itu, Ketua Polis Banteau Meanchey, Sithi Loh memaklumkan, seramai 360 anggota perkhidmatan kecemasan dan 11 trak bomba telah dihantar ke lokasi kebakaran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati kemungkinan ia berpunca daripada hiasan sambutan Tahun Baru yang berlebihan sehingga menyebabkan wayar elektrik menjadi terlalu panas dan terbakar.

Sebuah klip video dikongsi di media sosial menunjukkan mangsa kebakaran melompat keluar dari hotel tersebut dan dilaporkan ramai yang masih terperangkap dalam bangunan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: