Antarabangsa

Dunia Menuju Krisis “Peperangan Makanan” – Olam Agri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 01 JULAI 2024 – Salah sebuah badan perniagaan agrikultur terbesar dunia, Olam Agri telah mengeluarkan kenyataan bahawa dunia kini sedang menghadapi “peperangan makanan” berikutan tekanan geopolitik yang berlaku.

Kenyataan tersebut telah diterbitkan oleh media Financial Times pada Rabu lalu.

Olam Agri adalah merupakan sebuah badan perniagaan yang berpusat di Singapura, yang mana ianya adalah sebahagian daripada sebuah badan yang lebih besar iaitu Olam Group.

Menurut ketua eksekutif Olam Agri, Sunny Verghese telah menyatakan bahawa kini dunia akan berdepan dengan peperangan bagi makanan dan air. Ujarnya,

“Kita telah terlibat dalam banyak peperangan bagi tujuan minyak. Kita akan menghadapi peperangan yang lebih besar disebabkan makanan serta air”.

Perkara tersebut telah dinyatakan sewaktu berlangsungnya persidangan pengguna Redburn Atlantic and Rothschild pada minggu lalu.

Menurut laporan, harga makanan telah mula meningkat naik sejak pandamik dan kenaikan itu telah menjadi terlalu tinggi setelah berlangsungnya konflik di Ukraine serta sekatan Barat terhadap Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: