Antarabangsa

Pentadbiran AS Lobi Mansuh Had Umur Pembedahan Tukar Jantina – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 30 JUN 2024 – Media New York Times telah mengeluarkan sebuah laporan berkenaan dakwaan bahawa pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) telah bertindak memberi tekanan terhadap World Professional Association for Transgender Health (WPATH) untuk memansuhkan had umur bagi pembedahan untuk remaja daripada garis panduan yang diterbitkan pada 2022.

Kenyataan yang dibuat media tersebut dikatakan bersumberkan dokumen-dokumen baharu yang masih belum disebarkan.

Menurut media tersebut, pentadbiran Joe Biden khususnya pembantu setiausaha kesihatan Rachel Levine, yang merupakan seorang pondan, khuatir bahawa kewujudan had umur itu akan menambahkan kadar penolakan politik terhadap prosedur yang penuh kontroversi itu.

Menerusi draf pertama bagi garis panduan yang diterbutkan pada 2021, WPATH pada mulanya telah merancang untuk meletakkan had minimum umur bagi rawatan hormon pada usia 14 tahun serta pada usia 15 tahun bagi prosedur mastektomi.

Manakala had umur 16 tahun bagi prosedur berkenaan payudara serta pembedahan muka dan usia 17 tahun bagi pembedahan alat sulit atau histerektomi.

Walau bagaimanapun, pada versi akhir dokumen tersebut yang telah diterbitkan pada tahun berikutnya, tiada sebarang had usia yang telah dinyatakan.

Menurut laporan yang sama, sebahagian ahli WPATH membimbangi akan tindakan campur tangan pentadbiran serta menegaskan bahawa garis panduan suruhanjaya tersebut adalah berdasarkan sains serta kesepakatan ahli dalam bidang tersebut dan bukan berdasarkan politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: