Tempatan

Dakwaan Curi Projek Pelajar, UM Buat Laporan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan seorang pelajar tanpa kebenaran.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam bagi menafikan dakwaan pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) itu.

Tegas UM, “”Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.”

Tambah mereka lagi, pihak universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

Namun, calon berkenaan didapati masih tidak berupaya untuk menamatkan pengajian dalam tempoh lanjutan yang diberi, kata UM lagi.

Semalam, tular di media sosial tindakan seorang pelajar PhD dari Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis dan kenyataan media mendakwa hasil kajian PhD nya diambil oleh pihak UM.

Menerusi laporan polis dan Akuan Sumpah (SD) yang dikemukakan Abbod Ali Mohammed Saeed, sistem, kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program yang dipercayai menggunakannya untuk kepentingan perniagaan peribadi mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: