Tempatan

“Curi Projek PhD Pelajar”, UM Dituntut Beri Penjelasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 0gos 2022 – Tular di media sosial tindakan seorang pelajar PhD dari Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis dan kenyataan media mendakwa hasil kajian PhD nya diambil oleh pihak UM.

“Jadi saya mulakan kerja dan selepas 2 tahun setengah, saya sudah selesaikan semuanya. Tiba-tiba username dan password saya ditukarkan,” kata Abbod Ali Mohammed Saeed, 34, pelajar PhD tersebut.

Sebuah portal tempatan melaporkan, menerusi laporan polis dan Akuan Sumpah (SD) yang dikemukakan Abbod Ali Mohammed Saeed, sistem, kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program yang dipercayai menggunakannya untuk kepentingan perniagaan peribadi mereka.

“Penyelia itu menawarkan kepada saya untuk menggunakan projek tersebut dalam syarikat penyelidikan UM dan kami berkongsi hak paten mengikut peraturan dan undang-undang UM.”

“Namun setelah kajian selesai pada 2017 tiba-tiba kata laluan untuk akses ke sistem saya ditukar dan penyelia berkenaan memaklumkan sistem itu sudah menjadi hak milik syarikatnya yang tiada kaitan UM.”

Lebih malang lagi, Abbod Ali berkata, penyelia beliau memintanya meneruskan kajian kerana didakwanya yang sebelum ini tidak lengkap, namun, beliau tidak dibenarkan menggunakan peralatan bagi menyiapkan kajian kerana peralatan itu didakwa milik syarikat penyelia tersebut.

Abbod Ali turut memaklumkan bahawa pihak UM telah menamatkan pencalonannya sebagai seorang pelajar pengajian Doktor Falsafah dalam surat penamatan bertarikh 7 April 2022. Alasan universiti; kemajuannya sepanjang dua semester berturut-turut sebagai calon PhD tidak memuaskan.

“Salah guna kuasa telah berlaku dengan mengambil data kajian saya selama tujuh tahun diusahakan, menghalang saya mendapatkan data kajian yang saya usahakan, tidak memberi penyelia lain, dihalang menjalankan eksperimen akhir untuk melengkapkan PhD dan membuat laporan penilaian yang palsu sehingga saya dibuang,” kata Abbod Ali lagi.

Berikutan kejadian ini, beliau telah mengalami tekanan dan kemurungan.

Pihak samudera.my telah menghubungi pihak UM dan sedang menunggu maklum balas mereka mengenai kejadian ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: