Antarabangsa

China Mahu Perkasa Hubungan Dengan India – Beijing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 17 Jun 2024 – Jurucakap bagi Kedutaan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa Beijing mahu untuk terus bekerjasama dengan New Delhi dalam memperkasakan hubungan di antara dua negara tersebut setelah Narendra Modi sekali lagi menduduki kerusi kepimpinan India bagi penggal ketiga berturut-turut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari setelah Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar berucap tentang penyelesaian isu dengan China dan Pakistan sebagai salah satu keutamaan bagi polisi luar New Delhi.

Menerusi sebuah hantaran di laman X pada Rabu lalu, jurucakap bagi kedutaan Beijing di New Delhi menyatakan bahawa “hubungan yang baik serta stabil di antara China-India adalah kepentingan bagi kedua-dua negara dan ianya adalah kondusif terhadap keamanan serta kemajuan di rantau tersebut serta di luar rantau itu. China ingin bekerjasama dengan India bagi meningkatkan hubungan dua-hala ke arah yang baik”.

Selasa lu, pemimpin China Li Qiang telah membuat ucapan tahniah terhadap Modi atas kejayaannya mengekalkan kerusi Perdana Menteri buat penggal ketiga.

Qiang juga turut menyatakan bahawa hubungan baik di antara dua negara itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada rakyat malah ianya akan “menyuntik kestabilan serta tenaga positif di rantau itu serta di persada dunia”.

India dan China berkongsi sempadan yang beranggaran kira-kira 3,440 kilometer di rantau Himalaya yang dipanggil dengan nama Line of Actual Control. Beberapa siri pertikaian telah berlaku di situ dan tekanan mula meningkat pada Jun 2020 setelah tentera dari kedua negara bertempur di Lembah Galwan yang telah menyebabkan kematian bagi kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: