Antarabangsa

Yuan Bakal Jadi Matawang Asing Utama Rusia, Gantikan Dolar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 17 Jun 2024 – Bank Rusia telah mengumumkan bahawa kadar pertukaran matawang yuan-ruble kini bakal menetapkan trajektori bagi pasangan matawang lain di Moscox Exchange (MOEX), termasuklah bagi euro dan dolar.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah berlakunya pusingan terbaharu sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) yang telah menggesa MOEX untuk menggantung perdagangan dalam dollar dan euro pada Rabu lalu.

United Kingdom (UK) telah mengikut jejak langkah sekutunya, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu dalam mengadakan sekatan terhadap sistem kewangan Rusia.

Namun transaksi yang menggunakan dolar AS dan euro tetap akan diteruskan dalam pasaran yang bersifat “over-the-counter”.

Bank Rusia menerusi kenyataan yang sama turut menegaskan bahawa yuan kini sudahpun menjadi matawang utama dalam urusniaga pertukaran.

Menurut pengawal selia kewangan, penggunaan dolar dan euro dalam pasaran Rusia sudah berkurangan secara berterusan sejak dua tahun yang lalu disebabkan pertukaran aliran perdagangan kearah Timur serta pertukaran matawang kepada rubles, yuan serta matawang-matawang negara yang mesra dengan blok Rusia.

Rusia telah mula aktif dalam menukarkan penggunaan dolar dan euro dengan matawang lain dalam perdagangan asing setelah dikenakan sekatan oleh pihak Barat berikutan konflik yang berlaku di Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: