Antarabangsa

Kuwait Haramkan Tayangan Barbie, Arab Saudi & UAE Benarkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUWAIT, 12 Ogos 2023 – Berbanding Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait telah mengharamkan tayangan filem blockbuster Barbie selepas mendakwa ia bercanggah dengan etika dan tradisi masyarakat negara itu.

Agensi berita antarabangsa memetik, jurucakap Kementerian Penerangan Kuwait berkata, filem itu ‘mempromosikan idea dan kepercayaan asing kepada masyarakat dan ketenteraman awam Kuwait’.

BACA JUGA: Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

BACA JUGA: Suspek Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’ Telah Dikenal Pasti – Polis

BACA JUGA: Penyakit Kulit Berketul (LSD): Malaysia Sekat Import Lembu Dari Australia

Sebelum itu, Menteri Kebudayaan Lubnan, Mohammad Mortada bertindak mengharamkan tayangan filem sama, atas alasan ia ‘menggalakkan homoseksual dan transgenderisme serta bercanggah dengan nilai agama’.

Walaupun mendapat respon negatif di dua negara berkenaan, filem itu dijadualkan akan ditayang di pawagam UAE, Arab Saudi dan Bahrain pada bulan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: