Antarabangsa

32 Timbalan Bantah Keputusan Kementerian Penerangan Bahrain Benarkan Tayangan Barbie

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAHRAIN, 13 Ogos 2023 – Seramai 32 timbalan menteri Bahrain membantah keputusan Kementerian Penerangan negara itu membenarkan tayangan filem blockbuster Barbie.

Menurut media antarabangsa, para timbalan menteri menuduh Kementerian melanggar kewajipannya terhadap masyarakat terutamanya golongan muda.

BACA JUGA: Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan LGBT pada Jam Swatch

BACA JUGA: Positif COVID-19 Boleh Keluar Mengundi Bersyarat – KKM

Filem itu, yang memaparkan kisah anak patung terkenal dunia, dipercayai membawa idea-idea asing yang bercanggah dengan ajaran Islam, budaya dan nilai masyarakat tempatan di Bahrain.

Walaupun filem ini tidak menunjukkan sokongan terang-terangan terhadap golongan LGBTQ+, Barbie ‘berjaya’ membawa masuk seorang pelakon trans, Hari Nef untuk melakonkan satu watak anak patung itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: