Tempatan

Suspek Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’ Telah Dikenal Pasti – Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 11 Ogos 2023 – Pihak yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran sudah dikenal pasti, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Menurutnya, pihak polis telah mengenal pasti platform dalam talian yang mana paling banyak menjalankan kegiatan tersebut namun tiada tangkapan dilakukan kerana pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.

BACA JUGA: Pembinaan Lapangan Terbang Tioman Batal – Menteri

BACA JUGA: Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri Pahang, Lelaki Didenda RM200,000

BACA JUGA: Badan Khusus Dan Bajet Kerajaan Pusat Perlu Bantu Pulih Tasik Chini

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

“Mengikut seksyen ini, tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat bagi maksud jualan atau menjual atau mempamer untuk jualan atau memiliki untuk dijual, apa-apa lambang gelaran atau anugerah.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan ‘Flag-off’ Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Padang Kawad Kompleks Logistik Alor Akar pada Khamis.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: