Tempatan

Billboard Guna Imej Sultan, ADUN Subang Jaya Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2023 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze memohon maaf kerana menggunakan imej Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada salah satu papan iklan kempennya, memetik laporan sebuah berita tempatan.

Menerusi satu ciapan, Ng memaklumkan bahawa papan iklan tersebut telah pun diturunkan dan turut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang membangkitkan perkara itu di media sosial.

BACA JUGA: Lebih 5 Tahun, Projek RM7 Juta Gagal Selesai Masalah Muara Cetek

BACA JUGA: Pihak Berkuasa Agama Jadi Pencelah Dalam Kes Nik Elin-Menteri

BACA JUGA: Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

Papan iklan tersebut memaparkan imej anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang duduk dan bergambar bersama-sama dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam pakaian rasmi Dewan Undangan.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fahysal membangkitkan perkara tersebut yang menyatakan bahawa tidak mungkin Ng tidak memahami peraturan berikutan beliau bukanlah calon baharu dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini.

Bagaimanapun, Ng menjelaskan bahawa gambar tersebut hanya digunakan untuk mewakili Dewan Undangan dan tidak ada niat untuk melibatkan Raja pemerintah dalam kempen mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: