Tempatan

Lebih 5 Tahun, Projek RM7 Juta Gagal Selesai Masalah Muara Cetek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMAMAN, 07 Ogos 2023 – Projek pembinaan benteng pemecah ombak bernilai kira-kira RM7 juta yang dijanjikan siap dalam tiga bulan kini sepi walaupun sudah lebih lima tahun.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Kemasik, Rozali Ismail berkata, projek pembinaan benteng itu sepatutnya siap dalam tempoh tiga bulan untuk menangani masalah muara cetek.

“Janji tiga bulan, tapi sekarang dah masuk lima tahun, kami tak tahu apa masalah.”

“Kami hanya minta muara cetek ini diatasi sebab masalah tersebut menimbulkan kesusahan untuk nelayan,” luahnya.

BACA JUGA : Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

BACA JUGA : Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

BACA JUGA : Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

Seorang lagi nelayan, Mohd. Pilus Awang, 62, berkata, muara cetek bukan hanya menyukarkan nelayan untuk turun ke laut, malah, turut menjejaskan pendapatan mereka apabila tidak dapat berada lama di laut untuk menangkap ikan kerana bimbang tidak dapat melalui muara sungai apabila air surut.

“Kadangkala, kami hanya berada di laut sekitar tiga hingga empat jam. Walaupun hasil tak banyak, kami kena pulang awal sebelum air laut surut sebab bimbang tak dapat lalu muara sungai.

“Ada juga bot yang rosak terlanggar batu dan beting pasir ketika air surut. Terpaksalah kami tanggung kerugian sendiri.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: