Tempatan

Pihak Berkuasa Agama Jadi Pencelah Dalam Kes Nik Elin – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2023 – Pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama dan NGO yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam digesa menjadi pencelah, watching brief atau sahabat mahkamah bagi kes berkaitan Nik Elin Zurina.

Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kes Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan masih di peringkat prosiding dan sebarang komentar membabitkannya dikategorikan sebagai sub-judice.

BACA JUGA: Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

BACA JUGA: Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

BACA JUGA: Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

Jelas beliau, “Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah Syariah bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam.”

“Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Na’im turut menekankan, usaha memartabatkan undang-undang Syariah adalah tanggungjawab semua pihak, justeru jabatannya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi memastikan undang-undang Syariah dilaksanakan sebaiknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: