Tempatan

Tun M Perjelas Alasan Kerajaan 2002 Benar Kapal Israel Berlabuh Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2023 – “Perlu dijelaskan bahawa Kerajaan pada tahun 2002 membenarkan ZIM berlabuh kerana ketika itu Malaysia masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel.”

Demikian tulis mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam sebuah kenyataan di laman X selepas kerajaan kini memutuskan untuk menyekat kemasukan syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia semalam.

Tun M juga membongkarkan bahawa Kerajaan dibawah pimpinannya ketika itu juga pernah membenar pasukan kriket Israel dengan harapan supaya mereka melihat penduduk Malaysia majoriti beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.

“Malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana Israel selepas itu terus memperlihat sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin,” tempelak beliau.

Memetik kenyataan sama, beliau menyatakan, laluan kepada ZIM hanya sekadar kebenaran perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihat sebarang sokongan kepada rejim Israel dan jenayah mereka.

“Ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-Zionist yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genocide dan pembunuhan besar-besaran,” ujar beliau.

Bagaimanapun, Tun M tetap mengukuhkan sokongan beliau terhadap tindakan Kerajaan Perpaduan menghalang kemasukan kapal ZIM kerana Israel bertindak melampau dan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: