Antarabangsa

Penderaan Komuniti Asli Kanada Oleh Gereja Katolik, Pope Akan Buat Permohonan Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

EDMONTON, 25 Julai 2022 – Pope Francis berangkat ke Kanada semalam untuk memulakan pengembaraannya selama seminggu meminta maaf bagi pihak Gereja Katolik atas segala kezaliman dan penganiayaan gereja itu terhadap anak-anak masyarakat asli di sekolah-sekolah gereja di sana.

“Ini adalah perjalanan menebus dosa. Inilah semangatnya,” kata Pope kepada para wartawan selepas penerbangan beliau.

Pesawat beliau tiba di Edmonton, wilayah di bahagian barat Alberta, di mana beliau akan menziarahi salah sebuah bekas sekolah asrama dan berjumpa dengan masyarakat Orang Asli pada hari Isnin.

Pope juga akan melawat Quebec City dan Iqaluit, ibu negeri wilayah Nunavut.

Sepanjang tahun 1881 dan 1996, lebih 150,000 anak-anak orang asli telah dipisahkan daripada keluarga mereka untuk dibawa ke sekolah-sekolah berasrama. Ramai kanak-kanak dibiarkan berlapar, dibelasah dan didera secara seksual di sana.

Ramai daripada anak-anak Orang Asli itu ditanam begitu sahaja apabila terbunuh akibat penderitaan yang dialami dan lokasi kubur mereka dirahsiakan oleh pihak sekolah gereja.

Pada tahun lepas, sebuah kubur besar yang tertanam 215 orang anak Orang Asli ini berjaya ditemui semula selepas ratusan tahun.

Gabenor General Mary Simon, yang mewakili Permaisuri Elizabeth, adalah orang pertama yang pergi menemui Pope bagi mengalu-alukan kedatangan beliau. Mary Simon adalah merupakan individu Orang Asli pertama yang menjawat jawatan gabenor negara Kanada.

Selepas Mary Simon, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pula datang untuk mengalu-alukan kedatangan Pope ke negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: