Antarabangsa

Gunung Berapi Sakurajima Jepun Meletus, Penduduk Diarah Pindah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 25 Julai 2022 – Kira-kira 51 penduduk diarah berpindah berikutan gunung berapi Sakurajima yang meletus pada jam 8.05 malam waktu tempatan, semalam.

Ledakan gunung berapi di bandar Kagoshima itu memuntahkan lava panas sekali gus menyebabkan langit di kawasan berkenaan ditutupi kepulan asap hitam.

Difahamkan, kepulan asap itu sebesar 2.5 kilometer dari kawah. Justeru Agensi Meteorologi Jepun (JMA) telah menaikkan amaran hingga ke tahap tertinggi iaitu lima daripada tiga sekali gus menggesa pemindahan.

Walau bagaimanapun, Yoshihiko Isozaki, Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet menjelaskan tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kerosakan dilaporkan.

Sehingga kini, Sakurajima merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di jepun. Pada 2019, ia pernah meletus dan memuntahkan abu setinggi 5.5km (sejauh 3.4 batu).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: