Antarabangsa

Habib Rizieq Dibebaskan Dari Penjara Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 20 Julai 2022 – Umat Islam di Indonesia menyambut baik perkhabaran pembebasan Habib Muhammad Rizieq Shihab dari penjara. Habib Rizieq dibebaskan pagi ini setelah menjalani tempoh tahanan selama 20 bulan. Pembebasannya bagaimanapun dilaporkan sebagai pembebasan bersyarat sehingga 10 Jun 2024.

Habib Rizieq ditahan dan dipenjarakan atas pertuduhan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dan telah menjalani hukuman sejak 12 Disember 2020 lalu.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat dan Protokol serta Ketua Pengarah Kementerian Hukum Dan Hak Asasi Manusia, Rika Aprianti mengesahkan mengenai berita pembebasan Habib Rizieq.

Habib Rizieq sebelum dari itu dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun tetapi telah dipendekkan tempoh tersebut semasa dalam penahanan.

Imam Besar Front Pembela Islam (FPI) tersebut sebelum ini mencetuskan fenomena kebangkitan umat Islam di Nusantara. Tokoh yang menjadi ikutan jutaan umat Islam ini, disambut dengan sambutan luar biasa selepas berita pembebasannya diumumkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: