Antarabangsa

Solat Guna Pembesar Suara, Madrasah Dirobohkan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BIJNOR, 20 Julai 2022 – Sebuah madrasah di kampung Jebra di Amroha dirobohkan oleh pihak pentadbiran Uttar Pradesh pada Sabtu lalu selepas menerima aduan daripada orang bukan Islam di kampung itu kerana solat dibaca melalui pembesar suara.

“Penduduk bukan Islam di kawasan itu membantah solat menggunakan pembesar suara di madrasah dan membawa perkara itu kepada pentadbiran daerah, yang kemudiannya mengarahkan pihak berkuasa madrasah untuk tidak mengadakan solat di situ.”

“Bagaimanapun, mereka terus solat di sana walaupun diberi amaran,” kata seorang pegawai pentadbiran tempatan, SDM Sudhir Kumar.

Beliau turut mendakwa kononnya madrasah berkenaan dibina secara haram di atas tanah kerajaan.

“Madrasah itu dibina tanpa kebenaran. Kami telah memusnahkannya atas perintah majistret daerah.”

Namun tuduhan itu disangkal oleh pengurus madrasah Ishtiyak Ahmed.

Ishtiyak memberitahu bahawa madrasah itu dibina di atas tanah datuknya yang diterima daripada gram sabha (badan utama pemerintahan peringkat kampung) pada tahun 1961.

Dia juga menegaskan bahawa dia mempunyai semua dokumen sebagai bukti.

Madrasah yang dibina pada tujuh bulan yang lalu itu dirobohkan oleh tiga jentolak dengan dihadiri oleh sepasukan polis dan pegawai pentadbiran tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: