Tempatan

Empangan Air Hitam Dijangka Bertahan Selama 29 Hari Sahaja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 01 Februari 2024 – Empangan Air Itam dijangka hanya mampu bertahan selama 29 hari sahaja kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan.

Menurutnya, kapasiti efektif Empangan Air Itam terus menunjukkan penurunan dengan kadar penyusutan kepada 36.6 peratus setakat jam 12 tengah hari semalam.

“PBAPP akan memuktamadkan langkah seterusnya bagi meningkatkan kapasiti Empangan Air Itam selepas pemulihan di Sungai Perai,” katanya.

Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus pada 1 Disember lalu, namun insiden paip pecah di Sungai Perai pada 18 Disember menyebabkan penggunaannya ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk terjejas menyebabkan paras air menyusut kepada 66.7 peratus setakat 5 Januari lalu.

Pathmanathan mengesahkan kapasiti Empangan Air Itam melepasi tahap waspada dua pada Selasa lalu dan pihaknya sudah memohon melakukan pembenihan awan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: