Tempatan

Air Kumbahan Bakal Ditebus Guna Untuk Kilang Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 19 Mac 2023 – Air kumbahan yang dirawat di Pulau Pinang bakal diguna semula bagi tujuan penggunaan semula industri setelah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjalin kerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK).

Kedua-dua pihak tersebut telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha menerokai kebolehan penggunaan air kumbahan yang dirawat bagi kegunaan industri.

BACA JUGA: Anggota Kesihatan Dilarang Tolak Pesakit – Menteri Kesihatan

BACA JUGA: Sejak DAP Berkuasa, Pulau Pinang Amal Dasar Perkhidmatan Awam ‘Merit’

BACA JUGA: ICC Keluar Waran Tangkap Ke Atas Putin

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Eksekutif PBAPP dan PBA Holdings Bhd K. Pathmanatan bersama Ketua Pegawai Eksekutif IWK, M. Narendran di ibu pejabat IWK di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Menurut Pathmanathan, PBAPP telah mengenalpasti tiga buah loji rawatan air kumbahan iaitu di Bayan Baru, George Town dan Mak Mandin bagi tujuan penyelidikan yang lebih terperinci.

Menurutnya lagi, jumlah air kumbahan yang dirawat daripada ketiga-tiga loji kumbahan tersebut adalah dianggarkan sebanyak 250 juta liter sehari.

Beliau turut menyatakan bahawa tiga loji rawatan air kumbahan tersebut dipilih berdasarkan tiga kriteria iaitu lokasi yang strategik, potensi hasil serta pendekatan relatif bagi potensi pengguna daripada kategori non-domestik.

Dalam kenyataan yang sama, Pathmanathan turut membuat ulasan mengenai usaha tersebut yang akan menyokong pencapaian visi Penang2030 sambil mengurangkan risiko kekurangan air sewaktu musim kemarau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: