Tempatan

Karya Satira Takebeer: Satu Tindakan Bertentangan Dengan Islam – Mufti Pahang

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 03 Jun 2021 – “Begitu juga dengan perkataan takbir di mana ia merujuk kepada kalimat ‘Allahuakhbar’ bagi mengagungkan kebesaran ALLAH SWT dan ia tidak sepatutnya diubah kepada ‘takebeer’ seperti mana dilakukan pihak tertentu yang jelas membawa makna tidak baik dan bertentangan dengan ajaran Islam,” tegas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi mengulas isu karya satira menyindir parti PAS dan perkataan takbir yang viral di media sosial minggu ini.

Menurut beliau, seseorang yang menggunakan sesuatu perkataan yang merujuk kepada hal-hal berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat bahan gurauan kerana bimbang ianya boleh merosakkan akidah.

Walaupun untuk menyindir pihak tertentu.

Malah, perbuatan mempermainkan istilah agama ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang beragama Islam.

“Sebagai umat Islam menjadi kewajipan untuk kita mempertahankan Islam dan elakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah kepada agama.”

Tambah beliau, perkara mempersenda agama ini perlu dijauhi dan jangan sesekali menyokong perbuatan tersebut kerana ianya dianggap subahat.

Berikutan itu, Datuk Seri Dr Abdul Rahman berkata, sesiapa yang mempermainkan agama boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Pihak yang sengaja mempersendakan agama boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.”

Baru-baru ini, pereka grafik Fahmi Reza memuat naik grafik satira memaparkan dua buah tin minuman; Carlsberg dan logo parti PAS beserta kapsyen Takebeer! susulan kilang arak tidak ditutup semasa PKP penuh.

Leave a Reply

Back to top button