Tempatan

Manfaatkan AI Dalam Pembangunan Sektor Agromakanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU PAHAT, 28 Julai 2023 – Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan dengan lebih meluas terutamanya dalam pembangunan sektor agromakanan bagi meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan.

Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Profesor Madya Dr Md. Fauzi Ahmad berkata, penggunaan AI boleh dijadikan inisiatif meningkatkan jaminan sekuriti makanan negara yang kini merekodkan Malaysia pada kedudukan 41 atau sederhana daripada 113 negara dengan mata 69.9 peratus berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2022.

BACA JUGA: Pilihan Raya: Bayaran Tiket Bas, Ole-Ole, Satu Kesalahan – SPRM

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb

“Salah satu cara adalah penggunaan teknologi sensor di ladang bagi mengumpul data penting seperti kelembapan tanah, suhu, kepekatan nutrien dan kualiti udara.”

“Data ini kemudian dianalisis oleh AI untuk memberikan maklumat kepada petani mengenai masa sesuai untuk menyiram air dan membaja tanaman.”

Katanya, AI juga dapat mengenal pasti tanda-tanda awal serangan makhluk perosak atau penyakit dan memberikan maklumat cepat kepada petani.

“Ini membolehkan petani mengambil tindakan pencegahan segera dan tepat, mengurangkan kerugian dan membendung penggunaan racun serangga berlebihan.”

“Penggunaan dron membolehkan petani menyebarkan baja dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu melibatkan banyak kos dan tenaga manusia.”

Namun begitu, pelaksanaan inisiatif ini mempunyai beberapa cabaran dalam melaksanakan teknologi AI dalam sektor pertanian, seperti kekangan kawasan pertanian yang mempunyai akses kepada komputer dan rangkaian internet serta kekurangan tenaga mahir dalam mengendalikan dron AI.

“Selain itu, aspek pembiayaan juga menjadi cabaran. Ini kerana teknologi AI dalam pertanian memerlukan pelaburan tinggi termasuk menyediakan peralatan dan infrastruktur sesuai,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: