Zionis Israel Ikrar Buru, Bunuh Yahya Sinwar
BAITULMUQADDIS, 08 Ogos 2024 – Rejim Zionis Israel berikrar untuk memburu serta menghapuskan Ketua Biro Politik Baharu Hamas, Yahya Sinwar sebagai langkah ‘mempertahankan diri’.
Berucap di hadapan kadet baharu di sebuah pangkalan tentera, Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu berkata, “Kami bersedia dari segi pertahanan dan serangan.”
Rejim Israel menuduh Yahya Sinwar adalah komander yang mengarahkan serangan 7 Oktober hingga menimbulkan ketegangan serantau.
Sementara itu, Ketua Tentera, Leftenan Jeneral Herzi Halevi turut berikrar untuk memburu Yahya, menyerangnya dan memaksa kumpulan pejuang Hamas mencari pemimpin lain.
Bagaimanapun, pemimpin Hamas itu tidak pernah dilihat di Gaza sejak 2017.
Memetik laporan, para penganalisis yakin Yahya dilihat lebih cenderung memilih perjuangan berbanding perdamaian, sekali gus tidak akan bersetuju dengan gencatan senjata di Gaza.