Antarabangsa

Zambia Bakal Sekat Penggunaan Matawang Asing Khususnya Dolar AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ZAMBIA, 04 JULAI 2024 – Bank pusat Zambia telah merangka sebuah undang-undang baharu dalam usaha untuk mengekang penggunaan matawang asing terutamanya dolar AS dalam transaksi tempatan.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh agensi berita negara tersebut pada Isnin lalu, di mana undang-undang baharu itu dikatakan bakal dikuatkuasakan sebagai sebuah instrumen statutori oleh menteri kewangan dan rancangan kebangsaan.

Apabila ianya dikuatkuasakan, hanya matawang Zambia iaitu kwacha dan ngwee yang bakal dibenarkan dalam semua transaksi tempatan samada dalam konteks awam mahupun swasta.

Sebelum ini, bank pusat negara tersebut telah menzahirkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan penggunaan dolar AS dalam ekonomi tempatan.

Menurut bank pusat itu, amalan tersebut telah merendahkan alatan-alatan polisi kewangan mereka serta menambahkan tekanan pada kadar pertukaran matawang.

Sebuah dokumen yang masih dalam skala rangka telah diterbitkan oleh bank tersebut pada Sabtu lalu menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang ditangkap menggunakan matawang asing bagi urusniaga tempatan bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun atau denda yang setimpal.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh timbalan gabenor operasi bank tersebut, Francis Chipimo. Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menjelaskan risiko-risiko bagi dolarisasi, yang mana ianya dapat mengganggu keupayaan pihak berkuasa dalam menguruskan polisi kewangan serta kadar pertukaran wang asing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: