Antarabangsa

Zaman Pendakwah ‘Pembangkang Kerajaan’ Sudah Tamat – Menteri Agama Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 27 Januari 2023 – “Zaman pendakwah yang menjadi penghasut, pelakon, ahli gusti, reformis lantikan sendiri dan aktivis semberono telah berakhir dan tidak dapat dipulihkan,” kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Saudi, Sheikh Dr Abdullatif Al-Sheikh.

Beliau menekankan kepentingan peranan pendakwah dalam mengukuhkan semangat persaudaraan terhadap kerajaan Saudi dan pemerintah negara itu serta berganding bahu untuk melindungi negara dari sebarang ancaman.

Ujarnya, “Kita harus bekerjasama supaya tiada dalam kalangan kita yang membangkitkan atau mencetuskan perbalahan.”

Tegasnya, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang cuai dalam mencapai misi kementerian dan memelihara kesucian rumah Allah.

“Kami telah membezakan pendakwah dari kalangan penduduk negara ini yang takut kepada Allah dan berilmu. Mereka berminat untuk mengemukakan ilmu hukum berdasarkan metodologi al-Quran dan Sunnah Rasulnya.”

BACA JUGA: Jenayah Kebencian Di Sweden, 51% Muslim Jadi Sasaran

BACA JUGA: Palestin Berkabung 3 Hari, 10 Dibunuh Kejam Tentera Zionis

BACA JUGA: 10 Ditembak Mati Di California Sempena Tahun Baru Cina

Sheikh Abdullatif juga berkata, kementerian telah mencapai tahap sangat maju dan melaksanakan tugasnya melalui pemantauan pendakwah di masjid sekali gus menghalang golongan ‘pelampau’ daripada menyalahgunakan mimbar.

Selain itu, kementerian negara berkenaan turut membendung pembaziran kewangan dan salah urus, yang berjaya menjimatkan sehingga SR5 bilion sejak empat tahun lalu. Wang itu sebaliknya digunakan bagi melangsaikan hutang kementerian dari segi hak pesara dan juga perbelanjaan bagi projek baharu Kementerian Hal Ehwal Islam.

Mengulas lanjut, Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas sokongan mereka kepada kementerian berkenaan, di mana 42,000 lelaki dan wanita Arab diambil bekerja dalam tempoh singkat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: