Tempatan

ZALIM! Identiti Pokok Tempatan Palestin Turut Dihapuskan Rejim Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 02 Disember 2023 – “Demikianlah zalimnya penjajahan yang berlaku di Palestin. Hinggakan identiti pokok tempatan turut cuba dihapuskan.”

Ujar Dr. Ahmad Irfan Akmal Hisham, Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dalam sebuah laporan akhbar tempatan.

Menurut beliau, sejak penubuhan negara haram Israel, pemimpin mereka telah melaksanakan projek penanaman secara besar-besaran pokok pain dan sipres. Laporan rasmi menyatakan sebanyak 240 juta pokok ditanam bagi ‘mengyahudikan’ pemandangan di sekitar Palestin.

“Inilah usaha mereka untuk menghilangkan identiti Arab Palestin, iaitu pokok zaitun dan pokok tin, yang merupakan pokok natif di bumi berkat tersebut. Sama ada tentera rejim atau pendatang haram Yahudi, mereka berusaha untuk menyodok, merosakkan dan membakar pokok zaitun yang diusahakan oleh orang Arab. Projek sama turut dilakukan di Turkiye.”

Tambah beliau, “Kesannya, identiti setempat hilang, dan kebakaran hutan juga kerap berlaku.”

Lantaran itu, Dr. Irfan mencadangkan kepada pertubuhan kebajikan Malaysia atau mana-mana yayasan berkaitan kajian pertanian agar mengusahakan projek penanaman pokok zaitun dan tin di bumi Palestin sebagai tambahan kepada projek bantuan sedia ada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: