Tempatan

Bantuan 300 Sekolah Daif, Belanjawan 2023 Bulan Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Johor Bahru, 16 Januari 2023 – Lebih 300 sekolah daif di seluruh negara akan diberi perhatian dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 yang akan diadakan bulan depan, kata Kementerian Pendidikan.

Menterinya, Fadhlina Sidek memaklumkan kesemua sekolah daif dipilih berdasarkan keperluan penyelenggaraan segera, oleh itu, sekolah terbabit akan disenaraikan secara terperinci bagi membolehkan jumlah peruntukan bersesuaian diberikan.

BACA JUGA: Kehakiman Mesti Buka Proses Pelantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff

BACA JUGA: 1.2 Juta Warga China ‘Hilang’, Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi – PPIM

BACA JUGA: Rimas ‘Dibuli’ EU, Malaysia Boleh Kekang Ekspot Minyak Sawit

“Memang keutamaan kementerian untuk tangani isu sekolah daif dan kita akan cuba memohon peruntukan lebih tinggi.”

“Selain isu sekolah daif, kementerian turut akan menumpukan isu utama lain dalam Belanjawan 2023 termasuk kebajikan guru dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan (P) Bandar Tinggi, hari ini.

Tambahnya lagi, kementerian turut sedang mengenal pasti bilangan kuarters guru yang memerlukan penyelenggaraan serta ditambah baik.

“Ada beberapa kuarters guru yang sudah kita kenal pasti untuk diperbaiki bagi memberi keselesaan kepada guru. Namun jumlah sebenar kuarters daif akan diumumkan dari semasa ke semasa.”

Jelasnya, isu kuarters yang tidak diselenggara ini adalah isu yang membabitkan kebajikan guru jadi keprihatinan terhadap isu ini agak besar.

“Berikan kita masa sedikit untuk melihat isu ini supaya usaha pembaikan itu dapat dilakukan segera,” katanya

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: