NGO

CPTPP: Bakul Sampahkan Agenda Bumiputera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) ini akan memulakan satu proses penghapusan kelebihan-kelebihan Bumiputera dalam beberapa sektor khususnya di GLC, perolehan dan sebagainya kerana ia akan mengehadkan jumlah tertentu sahaja yang akan dibenarkan kepada Bumiputera dan selebihnya perlu dibuka untuk umum,” ujar Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman.

Menurutnya, kita tidak akan ada ruang untuk memperhebatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam projek-projek kerja yang besar kerana akan dibuka kepada semua ahli-ahli CPTPP ini tanpa mengira bangsa dan dari negara mana sekalipun.

Jelasnya, jika CPTPP dilaksana maka hanya mereka yang menguasai pasaran eksport akan menjana keuntungan tapi import akan membahayakan pengeluar tempatan yakni Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) sekali gus sektor pekerjaan juga.

Ditanya agensi kerajaan mana yang bakal terkesan secara langsung, khasnya yang menyentuh agenda Bumiputera?

Beliau berkata, bayangkan agensi kerajaan semasa CPTPP ini dibincang oleh pihak Kerajaan dan mereka yang terlibat hanya meletakkan 4 agensi sahaja yang terkecuali dalam CPTPP termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

“Cuma isunya sekarang proses kemakmuran Bumiputera sebenarnya tidak terhad kepada agensi ini. Sedangkan lebih daripada 50 agensi telahpun ditubuhkan oleh Kerajaan untuk membantu Bumiputera tetapi tidak disenaraikan.”

Jadi, kita tidak faham kenapa tidak ada perbincangan dengan pemegang taruh untuk memastikan adakah kita sudah ‘cover’ semua agensi-agensi, syarikat-syarikat, kementerian-kementerian yang khusus kepada pembangunan Bumiputera yang lain.

“Kita rasa ini adalah satu langkah dangkal dan mahu Kerajaan memperbaharui dan memperhalusi kaedah baru agar kemakmuran Bumiputera ini tercapai sebelum semua ini akan dihadkan oleh CPTPP,” tegasnya.

Kumpulan Bumiputera digesa untuk lebih cakna akan isu CPTPP tegas Yazid lagi.

“Saya rasa kumpulan Bumiputera mesti mengambil maklum hal berkaitan CPTPP ini dan tidak mengambil mudah kesan besar yang bakal ditanggung nanti. ”

Jelasnya, beliau baru sahaja berjumpa dengan beberapa pegawai dari GLC sendiri dan memaklumkan bahawa mereka pun tidak tahu tugas-tugas mereka untuk membantu Bumiputera juga akan terkesan dengan CPTPP ini.

Jadi untuk satu perjanjian perdagangan yang kononnya memberi kesan kepada semua pihak yang tidak ada terlibat dengan import eksport ia adalah suatu yang dangkal. Hal ini kerana kesannya tidak disedari disebabkan mereka yang terlibat dalam menerangkan kelebihan dan kekurangan CPTPP ini tidak melibatkan semua pihak.

Justeru, kaum Bumiputera kena sedar bahawa sekiranya Kerajaan meneruskan ratifikasi CPTPP ini maka masa dan ruang untuk mempertahankan kelebihan kita sedikit demi sedikit akan dikurangkan dan seterusnya ditamatkan dalam masa kita menentukan perjanjian ini.

Maka, kita berharap dapat zahirkan penolakan kita dan saranan serta kegelisahan kita ini pada Kerajaan supaya Kerajaan yang baharu ini boleh menarik semula perjanjian CPTPP ini seterusnya mengkaji semula dengan lebih terperinci.

“Biarlah ramai sikit yang membuat kajian ini, biarlah Kerajaan berlaku adil dan mengambil maklum tentang kegusaran kita ini,” katanya.

Hal ini sekurang-kurangnya, jika pun Kerajaan masih mahu meneruskan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan yang lepas dapat menerima apa sepatutnya mereka perlu lakukan sama ada kekal ratifikasi CPTPP ini atau kita keluar dahulu untuk kaji semula dan menyertai pada masa akan datang apabila plan untuk menyediakan PTS Bumiputera rakyat telahpun sedia ada dengan jelas dan sedia maklum,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: