Tempatan

Yuletide: Acara Keagamaan Kristian, NGO Islam Paling Ramai Hadir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 – “Ini mungkin satu-satunya acara agama Kristian yang dihadiri lebih ramai orang Islam daripada orang Kristian,” kata Pengasas Kumpulan Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM), Jason Leong yang merupakan penganjur kepada majlis sambutan Krismas, Yuletide yang berlangsung malam tadi.

Berdasarkan laporan media tempatan, majlis makan malam yang diadakan beberapa hari menjelang sambutan Krismas itu dihadiri seramai 150 orang tetamu.

Bukan itu sahaja, majlis tersebut yang disambut di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor telah memperlihatkan lebih ramai orang Islam menikmati hidangan serta alunan lagu perayaan berkenaan berbanding penganut Kristian.

Antara yang hadir ke majlis makan malam tersebut adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang mewakili 58 NGO, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam (ACCIN), Pemuda PAS, Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali, pelbagai majlis Islam dan Jabatan Agama Negeri.

Organisasi lain yang turut hadir dan melibatkan diri ialah Hidayah Centre Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Persatuan Muda Buddha Malaysia, dan Majlis Buddha Vajrayana Malaysia.

Presiden CPHM, Lee Min Choon berkata; walaupun mereka tidak berkumpul sejak tiga tahun lalu, perjalanan mereka – sejak ia bermula lapan tahun lalu menyaksikan banyak langkah kecil diambil secara kolektif untuk menggalakkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Walaupun usaha kami ini kecil saja, tidak akan menjadi tajuk utama, dan tidak akan mengubah masyarakat kita dalam masa terdekat, tetapi kami melakukan ini kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: