Antarabangsa

YouTuber Seru Bunuh Umat Islam Kerana Cintakan Kedamaian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 23 Mac 2022 – Tular di media sosial video seorang YouTuber yang mengancam akan mengoyakkan bayi dan merogol perempuan-perempuan Islam sekiranya dia mempunyai kuasa.

“Jika saya ada kuasa, saya akan koyakkan bayi (Muslim) 6 bulan kamu kepada dua dan beri satu bahagian kepada bapa dan satu bahagian lagi kepada ibu.”

“Jika saya ada kuasa, saya akan rogol perempuan-perempuan kamu,” kata lelaki itu seperti yang dikongsikan oleh Hindutva Watch di media sosial.

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak  

BACA: Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

BACA: Samseng Hindu Rempuh Masuk Kolej Ugut Pelajar Muslimah

Lapor portal itu lagi, pelampau Hindu radikal itu secara terbuka menggesa pembunuhan beramai-ramai umat Islam selepas menonton filem propaganda Hindutva The Kashmir Files.

Menurut siasat.com, lelaki di dalam video tersebut mengendalikan sebuah saluran YouTube yang khusus menyebarkan kebencian terhadap minoriti Muslim di negara itu.

Bukan itu sahaja, YouTuber itu juga menyeru orang Hindu untuk membunuh semua orang Islam sekaligus supaya tidak ada yang tertinggal untuk menangisi kematian sesiapa.

Mereka tidak mahu ada lagi pertumpahan darah yang berlaku kerana Hindu adalah pencinta kedamaian.

“Kami tidak akan membunuh lagi dan lagi. Kami tidak mahu sesiapa pun menangisi kematian mereka. Kami akan bunuh semua daripada bayi sehinggalah orang dewasa…kenapa?”

“Kerana apabila budak itu sudah dewasa, dia akan tanya, mana ayah saya? Siapa yang membunuhnya? Dia akan memendam kemarahan dan akan membalas dendam.”

“Kami tidak mahu lagi pertumpahan berlaku lagi dan lagi. Kami Hindu adalah pencinta kedamaian. Kami mahukan damai.”

Kerana itu, beliau memberi amaran kepada orang Islam bahawa hanya satu perkataan sahaja yang boleh menyelamatkan mereka pada hari yang dahsyat itu, iaitu “Jai Shri Ram”.

“Ingat betul-betul, pada hari Hindu menggila, kami tidak akan membiarkan seorang topiwala (Muslim) pun dari Kashmir hingga ke Mekah-Madinah.”

“Hanya satu perkataan sahaja yang boleh menyelamatkan kamu iaitu “Jai Shri Ram”.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: