YDPA, Raja Permaisuri Agong Sekeluarga Berangkat Tunai Haji
KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekeluarga berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji hari ini.
Turut mengiringi Seri Paduka Baginda berdua, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua diadakan di Istana Negara dan dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
BACA JUGA: Katolik Digesa Nyatakan Pendirian Ke Atas Amalan Perjudian Di Malaysia
BACA JUGA: Trek Stadium Darul Makmur Dibuka Percuma Mulai 26 Jun
BACA JUGA: TH Hanya Benarkan Pemindahan Wang Ke Akaun Sendiri Julai Ini
Sebelum berangkat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan bersalaman bersama kakitangan Istana Negara serta sempat berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga tanah air.
Seri Paduka Baginda dijadualkan berada di Tanah Suci dari 21 Jun hingga 2 Julai ini.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan isteri yang juga mendoakan, “Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku selamat pergi dan kembali serta mendapat haji yang mabrur.”