Tempatan

YDP Agong Berkenan Dimasyhurkan Sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia.

Menerusi hantaran Instagram Istana Negara, pemasyhuran tersebut berlangsung ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Pemangku Ketua Pengakap Negara YBhg. Mejar Jeneral (B) Profesor Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin di Istana Negara semalam.

Turut hadir adalah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) YBhg. Dato’ Ahmad Shazily bin Ismail Bakti, Bendahari Kehormat MPN YBhg. Tan Sri Dato’ Abdullah bin Taib, Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli MPN Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Nasaruddin bin Shamsuddin.

Dalam majlis tersebut, Seri Paduka Baginda juga berkenan menerima persembahan Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: