Yap Ah Loy Bukan Pengasas Kuala Lumpur
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELASA, 01 Januari 2022 – Yap Ah Loy sememangnya satu nama yang sinonim dengan Kuala Lumpur.
Apabila kita menaip nama Yap Ah Loy di laman sesawang, jawapan yang terpapar kebanyakannya memberitahu peranan Yap Ah Loy sebagai pengasas kota Kuala Lumpur.
Kenyataan ini tidak salah namun, jika dikaji semula, orang yang mula-mula membina Kuala Lumpur bukanlah Yap Ah Loy.
Jadi siapa sebenarnya yang menjumpai dan mengasaskan Kuala Lumpur?
Pelbagai hipotesis timbul berkenaan asal nama Kuala Lumpur. Ada pendapat yang mengatakan maksud Kuala Lumpur yang sebenar ialah ‘’kuala sungai Lumpur”.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Mengapa nama sungai Lumpur diabadikan sebagai nama penempatan? Jika benar Yap Ah Loy yang mengasaskan Kuala Lumpur, mengapa Kuala Lumpur tidak dinamakan dengan nama lain yang bercirikan nama Cina? Adakah Yap Ah Loy pada waktu itu mempunyai semangat cintakan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sehingga sanggup menamakan penempatan yang “dibinanya” dengan nama Melayu?
Sejarah Kuala Lumpur bermula pada tahun 1840-an pada era perkembangan perlombongan bijih timah, satu dekad sebelum kedatangan Kapitan Cina yang pertama lewat tahun 1850-an.
Sebelum era perkembangan itu, Sultan Muhammad yang merupakan pemerintah Selangor pada waktu itu telah dibantu oleh Raja Jumaat dan Raja Abdullah untuk mengembalikan kegemilangan dan kehormatan baginda sebagai seorang sultan.
Atas sebab bantuan daripada Raja Jumaat dan Raja Abdullah, sektor perlombongan bijih timah semakin pesat membangun sekaligus menarik minat pedagang Cina dari Lukut untuk datang ke Lembah Klang.
Apabila Sultan Puasa, seorang pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Cina mendengar akan kemajuan perlombongan bijih timah tersebut, beliau telah memujuk seorang pedagang Cina untuk datang ke situ.
Setelah bertambahnya bilangan pedagang Cina, Sultan Puasa bertindak melantik pedagang Cina tersebut menjadi Kapitan Cina.
Sewaktu Perang Klang berlaku, permusuhan di antara dua Kapitan Cina memburukkan lagi keadaan Kuala Lumpur musnah kesan daripada perang itu.
Secara kesimpulannya, banyak fakta yang perlu dirungkaikan berkaitan penubuhan dan sejarah Kuala Lumpur, peranan Yap Ah Loy, kaitan di antara Raja Jumaat, Raja Abdullah, Sultan Puasa dengan Kapitan Cina dan juga Perang Klang.
Kenyataan tentang Yap Ah Loy sebagai orang pertama yang menjumpai Kuala Lumpur perlu diperbaiki semula dengan mengambilkira situasi dan fakta sejarah seperti di atas.