Antarabangsa

Lebih 120,000 Rakyat Gaza Hadapi Musim Sejuk Tanpa Perlindungan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 22 Februari 2023 – Lebih 120,000 rakyat Palestin di Gaza menghadapi cuaca musim sejuk tanpa perlindungan apabila kira-kira 21,500 buah rumah didapati dalam kondisi tidak selamat seperti tidak berbumbung, tingkap atau pintu.

Pengarah Majlis Pelarian Norway (NRC) di Palestin, Caroline Ort meluahkan kebimbangannya dengan berkata, “Lebih ramai kanak-kanak akan tidur di bilik yang terdedah kepada cuaca buruk. Sesetengah keluarga terpaksa menggunakan selimut nipis untuk menutup tingkap mereka yang pecah.”

BACA JUGA: Menteri Pengangkutan Ke Parlimen Menaiki Bas Percuma Yang Dilancarnya Semalam

Katanya, sesetengah penduduk juga terpaksa bergantung kepada pembakaran pakaian lama untuk kekal panas ketika suhu rendah. Langkah mendesak itu lebih berisiko untuk kesihatan dan keselamatan, termasuk risiko kebakaran.

Selain itu, banjir yang melanda wilayah tersebut pada Disember tahun lalu telah memburukkan lagi keadaan apabila pihak rejim haram membuka empangan di pagar perimeter Gaza menyebabkan sejumlah besar air membanjiri rumah, jalan dan ladang di Khan Younis.

BACA JUGA: Berniaga Tanpa Izin, Perniagaan Warga Asing Di Pasar Harian Selayang Digempur DBKL, MPS

“Saya tidak pernah membayangkan rumah saya suatu hari nanti akan dinaiki air, dan ini adalah keseluruhan tempat. Saya terpaksa membuat lubang di dinding untuk mengeluarkan air. Rumah itu menjadi kolam lumpur. Perabot direndam dalam air termasuk selimut dan tilam,” luah seorang penduduk.

Bukan itu sahaja, kekurangan bekalan elektrik turut menjadi kebimbangan utama rakyat Gaza, di mana elektrik dipotong sehingga 12 jam sehari.

BACA JUGA: Dakwa ‘Kerajaan Bakal Buang 800,000 Penjawat Awam’, SKMM Siasat Awesome TV

Ekoran daripada itu, Majlis Pelarian Norway (NRC) menyeru penderma menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin untuk membaiki kediaman mereka sekali gus menggesa pihak rejim haram aparteid Israel menarik balik kepungan yang dibuat sejak 15 tahun lalu.

Pengepungan berkenaan menyebabkan krisis ekonomi berlarutan dan pengangguran besar-besaran berlaku di wilayah Gaza.

Tegas NRC, “Penyumbang antarabangsa dan negara yang mempunyai pengaruh mesti berusaha untuk mengurangkan krisis kemanusiaan yang berakar umbi dalam sekatan dan inflasi Israel yang dicetuskan oleh konflik di Ukraine.”

Analisis NRC juga menunjukkan bahawa hampir 2,000 rumah musnah akibat peningkatan pertempuran yang berlaku sepanjang dekad lalu, hinggakan kebanyakan keluarga terpaksa tinggal bersama saudara mara, mengakibatkan keadaan terlalu sesak dan risiko penyakit berjangkit berkaitan musim sejuk meningkat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: