Antarabangsa

Pemanasan Global: Mediterranean Terbakar, 9 Negara Dijilat Api

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ITALI, 28 Julai 2023 – Kebakaran hutan sejak Selasa lalu yang telah memusnahkan pulau-pulau di Greece kini dilaporkan mula merebak ke arah ibu kota negara itu, Athens.

Menurut laporan, lebih 40 orang maut di Algeria, Itali dan Greece dan beribu-ribu orang telah dipindahkan ketika kebakaran yang berpunca dari pemanasan global itu berlaku.

BACA JUGA: Johor Tubuh Jawatankuasa Banteras Ajaran Sesat Si Hulk

BACA JUGA: Perlembagaan Persekutuan Tak Halang Semakan Permohonan Untuk Murtad – Peguam

BACA JUGA: Kerajaan Tawar Kredit e-tunai RM100 untuk B40, M40

Pihak berkuasa Itali berkata, Mediterranean, Sicily dan sebahagian besar Calabria adalah antara berpuluh-puluh kawasan yang berdepan dengan kebakaran hutan, di saat gelombang panas yang memecahkan rekod.

Anggota bomba turut berusaha memadamkan kebakaran di Turkiye, Croatia, Syria, Gran Canaria dan taman semula jadi berhampiran Lisbon di Portugal.

Malangnya, dua juruterbang pemadam kebakaran maut apabila pesawat mereka, yang sedang menurunkan air bagi memadamkan kebakaran, terhempas di lereng bukit berhampiran bandar Karystos di pulau Evia, timur Athens.

Susulan tragedi kebakaran ini, Menteri Perlindungan Awam, Nello Musumeci berkata, “Kita di Itali sedang mengalami salah satu hari paling rumit dalam beberapa dekad kebelakangan ini – hujan ribut, puting beliung dan hujan batu gergasi di utara, dan panas terik serta kebakaran yang memusnahkan di tengah dan selatan. Pergolakan iklim yang melanda negara kita menuntut kita semua … perubahan sikap.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: