Antarabangsa

Yaman Mula Diserang AS, UK – Houthi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAMAN, 12 Januari 2024 – Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah bertindak melancarkan serangan terhadap Yaman dengan mensasarkan bandar-bandar seperti Sanaa dan Hodeidah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh jurucakap Houthi, Abdulsalam Jahaf.

Kenyataan tersebut telah dibuat pada awal Jumaat ini, di mana pada masa yang sama beberapa rangkaian British dan Amerika telah melaporkan pada petang Khamis lalu bahawa serangan tersebut memang tidak dapat dielakkan.

Kenyataan yang dibuat Jahaf itu telah dikeluarkan menerusi X. Selain daripada memaklumkan tentang serangan terhadap Yaman, Jahaf turut menambah dengan menyatakan,

“Kami akan mendisiplinkan mereka, dengan izin Tuhan.”

Media Reuters telah melaporkan dengan mengambil sumber daripada saksi tempatan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga letupan yang telah berlaku di Sanaa.

Dari 2015 sehingga 2023, pihak Houthi telah bertempur untuk menghentikan Pakatan serantau yang diketua oleh Arab Saudi yang berkehendak untuk mengembalikan pemerintahan Yaman yang lama.

AS pula telah bertindak menyebelahi Saudi dengan membekalkan negara tersebut dengan sumber maklumat dan ketenteraan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: